Saturday, 16 June 2012

tajuk: No Idea...

" Kita takkan menghargai sesuatu melainkan ia telah hilang daripada kita". itu kata sesetengah orang. tidaklah terlalu mengikut prinsip itu, tetapi memang bagi saya itulah fitrah manusia. bila sudah kehilangan barulah hendak menyesal. saya menguatkan diri untuk menaip malam ini. daripada petang tadi saya rasa ingin menulis tapi tak sempat kerana kekangan masa. sekarang jam 1.30 pagi, barulah saya ada sedikit masa untuk diluangkan bagi menaip coretan ini. entri saya kali ini lebih kepada luahan hati saya. maaflah kalau ada yang tak suka.
     
      Banyak yang bermain dalam fikiran untuk diterjemahkan ke tulisan, tapi rasa macam tak tahu bagaimana nak diluahkan supaya semua orang faham. sebenarnya tulisan ini ditujukan buat seseorang yang sangat penting dalam hidup saya. samada dia membaca atau tidak, saya sendiri tidak pasti. [AMARAN. entri ini agak kejiwangan sikit] saya tahu dia sedang berusaha untuk jadi yang terbaik buat saya, saya juga tahu dia sedang berusaha untuk belajar supaya dia lebih matang dalam menghadapi mehnah kehidupan. saya sangat menghargai dia. tetapi saya sangat bersedih hati dengan sikap saya. saya seolah-olah tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik. dia bersusah-payah meyakinkan kedua orang tuanya tentang kemampuan dia. saya secara tidak sedar menghina diri saya sendiri, ibaratnya saya sudah tidak sayangkan diri saya sendiri. alhamdulillah saya berada dalam sistem tarbiyah. walaupun berbagai masalah yang saya hadapi sekarang, saya masih menyimpannya kemas di dalam hati saya tanpa orang lain mengetahui. hakikatnya sangat pedih tetapi sangat sukar untuk orang lain memahami. bagi saya, saya tidak mejadi yang terbaik untuk dia. saya telah mengecewakan dia, saya telah mengkhianati kepercayaan dia.
   

        Seperti mana orang lain, dia juga punya hati dan perasaan. dia bukan malaikat untuk tidak terasa dengan apa yang berlaku. saya banyak berfikir, ketika dia sedang berusaha belajar untuk menjadi yang terbaik, mengapa diri saya tidak berusaha sama seperti dia? malah saya memburukkan keadaan. mungkin kerana saya sekarang menghadapi banyak tekanan, membuatkan saya cenderung untuk membuat pelbagai kesalahan yang lain. tekanan dengan kerja, dengan kehidupan... pelbagai masalah yang timbul. ketika sedang memandu kereta petang tadi, tiba-tiba terdengar dalam radio IKIM, Dj menasihatkan pendengar tentang ujian hidup. air mata saya mengalir sendirian sambil memandu. saya berasa sangat lemah dengan ujian yang pelbagai, sedangkan saya tahu itu adalah untuk menguji saya. saya akur dengan kejadian itu. memang patut perkara itu terjadi. Allah yang berhak membuka aib seseorang, dan bagi saya ianya untuk memberi ibrah kepada hambaNya yang Dia kehendaki. walaupun cerita itu sudah lama berlalu, dan sudah lama ditinggalkan tetapi kalau Allah berkehendak untuk orang lain tahu, maka Allah akan berbuat demikian. kalau bukan sekarang, Allah akan buka aib kita ketika di padang mahsyar kelak. saya hanya berserah padaNya, memohon ampun padaNya atas segala kesilapan yang saya telah buat dahulu. saya mengharapkan saya akan berusaha jadi yang terbaik untuk dia. kerana saya tahu dia sangat-sangat berusaha untuk jadi yang terbaik untuk diri saya. betapa sukarnya dia, nak tumpukan pada pelajaran dia, nak kena pertingkatkan diri dalam tarbiyah, nak belajar menjadi yang terbaik, dan dalam masa yang sama nak memenuhi harapan ibu dan ayahnya.
      

        Saya berdoa pada Allah agar dia diberikan kemudahan untuk apa jua urusan. saya tidak mahu menulis panjang. bukan tidak mahu, sebenarnya saya pun tak tahu nak tulis apa lagi. dalam hati banyak nak menulis, tapi jari takde kudrat.. tak tahulah orang akan anggap saya merepek ke tidak ni.

>> tulisan ini adalah hasil luahan hati yang tidak perlu dilayan sangat. sila abaikan jika anda meluat.




No comments:

Post a Comment