Friday 18 February 2011

assalamualaikum warahmatullah....
segala puji-pujian kepada ALLAH yang maha besar lagi maha bijaksana,DIA yang memiliki segala kerajaan,DIA yang memberi kepada sesiapa yang DIA ingini.
selawat dan salam jua ke atas nabi junjungan Muhammad S.A.W. serta seluruh ahlul bait, kepada Saidina Abu Bakr As-Siddiq, Saidina Uthman Bin Affan, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali Bin Abi Talib, serta semua tabi'in, wali-waliNYA, para ulama' yang berjuang untuk DeenNYA..
alhamdulillah,setelah sekian lama ana berfikir untuk menulis blog, dan sekian lama tertangguh kerana tidak yakin untuk menulis,kerana dua sebab, kekangan masa dan amalan yang masih sedikit dibandingkan dengan sahabat-sahabat sekalian.. tetapi hari ini, ana akhirnya membuat keputusan untuk menulis blog ini.. hampir 15 minit ana terpaku di depan laptop,memikirkan nama yang sesuai untuk blog ni.. ana ni tak berapa kreatif untuk mencipta nama... jd nama yang ada ni main "tangkap muat" je.. =)
pertamanya,ana harap tiada sesiapa yang kisah kerana ana lebih selesa menggunakan kata ganti saya dengan "ana". jadi selepas ini, kesemua artikel akan menggunakan ana sebagai ganti kepada saya. ^_^ ana menulis blog ni semata-mata untuk berkongsi rasa, berkongsi suka, berkongsi duka, luahan perasaan yg tidak melampau,dan macam-macam lagi... ana mengharapkan doa daripada sahabat-sahabat semua agar ana dapat menulis apa-apa dalam artikel ni tanpa ada perasaan riya' dan takabbur. ana sangat bimbang kalau-kalau timbul perasaan ini tatkala ana sedang menaip..na'uzubillah...
blogger pada masa ini sangat ramai, sampaikan kita tak tahu nak baca yang mana satu,dan kadang-kadang hingga ke tahap kita ragu dengan apa yang disampaikan oleh blogger tersebut.. insyaALLAH, apa-apa yang ana tulis ini berlandaskan nas-nas yang muktabar..jika ada mana-mana kesilapan di dalam penulisan ana,ana mohon supaya antum(sesiapa sahaja) supaya menegur ana.. ana bukanlah seorang yang hebat,ana hanyalah orang biasa. tapi ana masih ingat kata-kata seorang ustaz di dalam bukunya(ana x igt ustaz mana dan tajuk buku.maaf).ini katanya: kita mungkin orang biasa,tapi jadilah orang biasa yang membuat perkara luar biasa".maksudnya kita bukan bercita-cita untuk jadi seorang yang hebat,tetapi segala yang kita lakukan adalah diluar kebiasaan kita..ana cuba untuk mencari kelainan dalam penulisan blog ni agar blog ana tidak hanya sekadar biasa-biasa.
rasanya sampai setakat ni dulu...ana tak nak tulis panjang-panjang dan antum bosan untuk membacanya. sekurang-kurangnya artikel ni adalah sebagai artikel pengikat ukhwah antara kita sesama muslim...andai ada kesilapan di dalam artikel ni,tolong betulkan ana..ana hanya seorang hamba yang lemah tanpa DIA di sisiku. tarbiyah ini akan ku teruskan demi memastikan pewaris dunia di masa hadapan adalah rijal yang mampu mengharmonikan dunai dengan Deen. inilah CITA PEMUDA.
wallahua'alam bissawab...
wasalamualaikum warahmatullah....

2 comments:

  1. assalamualaikum,akhi...
    alhamdulillah akhirnya ana telah di izinkanNYA untuk memperoleh perkongsian ilmu dari akhi setelah banyak kali 'sesat' dalam mencari blog ni.ana dah baca ketiga-tiga hasil tulisan akhi dan sesungguhnya sangat2 menarik.semoga akhi terus kuat dalam menyebarkan dakwah dan ana doakan agar usaha akhi ini akan memberi kesan yang baik kepada para pembaca dan syiar islam.semoga usaha mulia ini akan mendapat berkat dan keredhaanNYA.amin...tahniah!!!!

    ReplyDelete
  2. wasalamualaikum warahmatullah..
    alhamdulillah..
    syukran atie,insyaALLAH ana akan terus diberi kekuatan olehNYA.

    ReplyDelete