Thursday, 10 March 2011

muwasofat tarbiyah ke-3: matinul khuluq (akhlak yang mantap), mampukah kita?



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..Alhamdulillah di kesempatan ini,ana diberi ruang dan peluang olehNya untuk ana memulakan sedikit bicara. kiranya ana khilaf di dalam penulisan ana ini,diharap ana dapat ditegur secepat yang mungkin kerana ana bimbang apa yang ana khilafkan di dalam penulisan bakal membawa kesan buruk kepada pembinaan sahsiah dan akhlak antum semua. sahabat-sahabat ikhwah sekalian... ana lontarkan persoalan di atas supaya kita sama-sama muhasabah diri kita kembali. mampukah kita? antum tahu apa itu muwasofat tarbiyah yang 10, dan suka ana nak bawakan hari ini tentang ciri yang ke-3. bunyinya mudah,tetapi pengamalannya tidaklah semudah yang disangka. untuk kita melangkah ke pintu syurga,banyak halangan yang perlu kita tempuh. tetapi itu bukanlah bermakna ALLAH itu zalim,tetapi DIA hanya ingin memastikan insan-insan yang memasuki syurga itu adalah insan-insan yang telah digilap, kilatan logamnya yang mampu menerangi alam syurga kelak. bukankah ALLAH telah berfirman di dalam Al-Quran, di dalam surah Al-Ankabut ayat ke-2. dan maksudnya:
                    
Apakah manusia menyangka bahawa mereka hanya akan dibiarkan berkata, "kami telah beriman",sedangkan mereka masih belum diuji? (Al-Ankabut;29: 2)

        ayat ini jelas menunjukkan bahawa ujian-ujian yang datang kepada kita adalah sebagai penapis kepada nilai dan tahap keimanan kita.bila beriman seseorang itu,maka sesungguhnya dia juga seharusnya mempunyai akhlak yang mantap. cerminan kepada iman yang hebat adalah akhlak yang hebat. jika buruk akhlak individu itu, maka buruklah imannya.. ikhwah sekalian..mari kita renungkan semula.. Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna( moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas beliau) telah mneggariskan beberapa contoh unsur di dalam matinul khuluq. antaranya adalah da’ie perlu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain. bukan mudah untuk menjadi seorang da'ie, juga untuk menjadi seorang murabbi. perjalanan da'wah memerlukan seseorang yang mampu memberikan komitmen yang tinggi di dalam usaha ini. dan dalam masa yang sama, dia perlu memastikan akhlaknya sentiasa dijaga. jika seorang da'ie mampu untuk berbohong dan tidak menunaikan janji,maka dimanakah sebenarnya nilai da'ie tersebut? di manakah ketinggian akhlak tersebut? sebenarnya ALLAH telah menyediakan contoh terbaik untuk kita contohi dan ikuti. hanya kita sahaja yang kadang-kadang tidak mengambil peduli tentang hal ini. ALLAH berjanji di dalam Al-Quran bahawa insan itu adalah insan yang paling patut dicontohi. ALLAH berfirman di dalam Al-Quran (ana terlupa surah apa. tolong ingatkan ana semula nanti): dan pada diri nabi Muhammad itu ada contoh tauladan yang baik(uswatun hasanah). ALLAH menekankan bahawa Muhammad itu sebagai contoh tauladan yang baik. malahan di dalam satu riwayat ketika Aisyah ditanya tentang bagaimana akhlak baginda,lalu Aisyah pun menjawab, " akhlak baginda adalah Al-Quran" lihat bagaimana baginda ditarbiyah. Al-quran adalah sempurna, tidak ada cacat celanya.begitu jua dengan nabi. kita bukanlah nabi, kita tak mampu menjadi sesempurna baginda S.A.W. tetapi kita mampu mengikut jejak langkahnya. menjaga akhlak kita sebaik mungkin juga adalah amalan yang nabi lakukan. da'ie tidak seharusnya cepat mengaku kalah. dia seharusnya yakin bahawa akhlak yang mantap dapat menghindarkan dia daripada segala kesesatan dunia.

ikhwah sekalian,
     ana masih ingat lagi ketika sedang memandu kereta untuk pulang dari kerja, ana mendengar saluran radio IKIM.ketika itu Prof. Dr Zulkifli muhammad Al-Bakri sedang di konti.. ana masih ingat katanya, " jika seseorang baik dengan ALLAH, maka seharusnya dia juga baik dengan manusia. tetapi jika dia baik dengan manusia, belum tentu dia akan baik dengan ALLAH". apa maksudnya? antum mungkin ada pandangan tersendiri mengenai pernyataan ini, kerana antum sekalian sangat-sangat hebat ilmunya berbanding ana yang kerdil ini. ini pendapat ana. Jika kita menjaga HablumminALLAH...maka DIA akan membantu kita untuk menjaga hubungan sesama manusia.. kerana FirmanNya di dalam Al-Quran .dan maksudnya:
wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(Muhammad;47:7)

ini bermaksud kita harus utamakan hubungan dengan ALLAH dahulu,sentiasakan utamakan kepentingan ALLAH berbanding manusia. tetapi bukanlah maksud ana kita tak perlu berusaha menjaga hubungan dengan manusia, itu memang perlu.tetapi kita yakin bahawa ALLAH pasti membantu kita. tetapi jika hubungan kita sesama manusia baik,belum tentu hubungan dengan ALLAH juga baik. banyak kes di mana dia sangat baik dengan manusia, dia mampu memberi sumbangan kepada orang susah, tetapi bila diselidiki, rupanya dia tidak pernah bersolat, tidak pernah berpuasa dan sebagainya.mengapa begitu? kerana ALLAH ingin mengujinya.adakaha dia akan takabbur ataupun tidak.

    sahabat ikhwah yang ana kasihi sekalian, jika dilihat di dalam konteks da'wah pada hari ini, orang sekeliling senantiasa mencari di mana kelamahan orang-orang yang "asing" ini.dia berusaha sehabis boleh untuk membongkar keburukan para pembawa risalah ini. persoalan yang ana lontarkan sekali lagi, mampukah kita? mampukah kita membawa risalah deen ini dengan berteraskan matinul khuluq ini di samping unsur muwasofat tarbiyah yang lain? mampukah kita? sama-sama kita muhasabah diri kita semula.. nilai semula adakah akhlak kita sudah cukup untuk memberi kesan kepada orang lain supaya tertarik dengan deen ini? atau adakah kita masih tidak mampu? ana mengingatkan diri ana jua.. ana terlalu banyak khilaf.. tetapi Imam Al-Banna berpesan di dalam unsur matinul khuluq ini, jangan berkawan dengan orang yang buruk perangai, kerana bimbang kita juga menjadi sebahagian daripada mereka. marilah kita sama-sama berdoa agar kita mampu menjadi da'ie yang mampu menjadi ikutan orang lain, supaya apabila orang lain berkata tentang kita, "inilah orang ISLAM". inilah amalan yang kita ingin persembahkan di hadapan Al-Khaliq kelak.insyaALLAH, muhasabah diri. terapkan nilai 10 muwasofat tarbiyah di dalam diri agar mampu menjadi da'ie sejati. jalan ini perlukan individu muslim untuk membentuk keluarga muslim dan seterusnya mencapai ustaziyatul alam. insyaALLAH,moga tazkirah yang serba kekurangan ini mampu mendidik jiwa-jiwa kita. 
bangunlah wahai pemuda-pemudi, 
bangun menyatakan pendirian antum, 
bangun menyatakan rasa antum, 
da'wah ini memerlukan antum, 
agar deen ini akan terus gemilang. 
da'wah tidak perlukan kita, 
tetapi kita yang memerlukan da'wah. 
tetapi jika antum tidak bersama da'wah, 
dengan siapa antum mahu ikuti? 
sama-sama muhasabah diri...

ana memohon maaf sekiranya artikel tazkirah ini kurang menarik dan ada terkasar bahasa. sesungguhnya yang baik datang daripada ALLAH dan yang buruk itu datang daripada ana sendiri, hamba yang kerdil dan lemah. wallahua'alam bissawab...

Wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarokatuh...


5 comments:

  1. assalamualaikum,akhi...alhamdulillah,hari ni baru berpeluang nak selit sikit ayat2 yang x sehebat akhi...sangat seronok dan memberi pengajaran bila ana baca artikel kali ni...yang dulu2 pun sama jugak.tapi bezanya makin mantop!betul la tu,ramai antara kita hari ni mementingkan hubungan dengan manusia hingga sanggup ketepikan hubungan dengan ALLAH.dan ada segelintir pula menganggap bila punyai hubungan yang baik dengan ALLAH,dia seolah2 memandang enteng dalam menjaga hubungan sesama manusia...saranan dan cadangan dari artikel akhi patut dijadikan antara panduan yang baik dalam memperbaiki HABLUNMINALLAH dan HABLUNMINANNAS...insyaALLAH...tahniah,akhi.ana doakan usaha da'wah akhi berterusan dan mendapatkerahmatan ALLAH...selamat berjaya,ya akhi.

    p/s:ana nak cadangkan akhi untuk menulis tentang persahabatan pada masa akan datang,kalau akhi sudi...sekadar cadangan.syukran

    ReplyDelete
  2. wasalamua'alaikum warahmatullah...syukran atas komen2 ukhti,syukran jgk kerana x jemu utk bg smgt pd ana.. ALLAH..ana x sgka penulisan ana boleh bwk kesan..insyaALLAH,ana akan cuba cari ruang dan peluang utk ana menulis ttg nilai persahabatan pula selepas nie..suruh sahabat2 akhawat ukhti jenguk2 blog nie ya.syukran.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,akhi
    insyaallah,yakinlah dengan janji ALLAH,setiap jasad yang membantu dalam berjuang di jalanNYA,DIA pasti dan pasti akan membantu individu tersebut...sesungguhnya usaha mulia akhi menyambung da'wah dari sirah RAsullah pasti akan memberi kesan pada umat pada hari ini dan ana yakin selagi apa yang disampaikan itu datangnya dari hati yang ikhlas dan dengan tujuan meletakkan KALIMAH ALLAH di tempat PALING ATAS,pasti islam akan mendapat kemenangannya....dan usaha mulia akhi adalah salah satu metode nya,insyaallah...selamat berjaya,ya akhi

    ReplyDelete
  4. izinkan ana copy n paste picture muwassoft tarbiyah tersebut boleh?

    ReplyDelete
  5. maaf izzan sbb ana dh lama x update blog nie sbb kekangan masa.. sila kn copy pic tu,xde mslh.. :)

    ReplyDelete