Saturday 16 June 2012

tajuk: No Idea...

" Kita takkan menghargai sesuatu melainkan ia telah hilang daripada kita". itu kata sesetengah orang. tidaklah terlalu mengikut prinsip itu, tetapi memang bagi saya itulah fitrah manusia. bila sudah kehilangan barulah hendak menyesal. saya menguatkan diri untuk menaip malam ini. daripada petang tadi saya rasa ingin menulis tapi tak sempat kerana kekangan masa. sekarang jam 1.30 pagi, barulah saya ada sedikit masa untuk diluangkan bagi menaip coretan ini. entri saya kali ini lebih kepada luahan hati saya. maaflah kalau ada yang tak suka.
     
      Banyak yang bermain dalam fikiran untuk diterjemahkan ke tulisan, tapi rasa macam tak tahu bagaimana nak diluahkan supaya semua orang faham. sebenarnya tulisan ini ditujukan buat seseorang yang sangat penting dalam hidup saya. samada dia membaca atau tidak, saya sendiri tidak pasti. [AMARAN. entri ini agak kejiwangan sikit] saya tahu dia sedang berusaha untuk jadi yang terbaik buat saya, saya juga tahu dia sedang berusaha untuk belajar supaya dia lebih matang dalam menghadapi mehnah kehidupan. saya sangat menghargai dia. tetapi saya sangat bersedih hati dengan sikap saya. saya seolah-olah tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik. dia bersusah-payah meyakinkan kedua orang tuanya tentang kemampuan dia. saya secara tidak sedar menghina diri saya sendiri, ibaratnya saya sudah tidak sayangkan diri saya sendiri. alhamdulillah saya berada dalam sistem tarbiyah. walaupun berbagai masalah yang saya hadapi sekarang, saya masih menyimpannya kemas di dalam hati saya tanpa orang lain mengetahui. hakikatnya sangat pedih tetapi sangat sukar untuk orang lain memahami. bagi saya, saya tidak mejadi yang terbaik untuk dia. saya telah mengecewakan dia, saya telah mengkhianati kepercayaan dia.
   

        Seperti mana orang lain, dia juga punya hati dan perasaan. dia bukan malaikat untuk tidak terasa dengan apa yang berlaku. saya banyak berfikir, ketika dia sedang berusaha belajar untuk menjadi yang terbaik, mengapa diri saya tidak berusaha sama seperti dia? malah saya memburukkan keadaan. mungkin kerana saya sekarang menghadapi banyak tekanan, membuatkan saya cenderung untuk membuat pelbagai kesalahan yang lain. tekanan dengan kerja, dengan kehidupan... pelbagai masalah yang timbul. ketika sedang memandu kereta petang tadi, tiba-tiba terdengar dalam radio IKIM, Dj menasihatkan pendengar tentang ujian hidup. air mata saya mengalir sendirian sambil memandu. saya berasa sangat lemah dengan ujian yang pelbagai, sedangkan saya tahu itu adalah untuk menguji saya. saya akur dengan kejadian itu. memang patut perkara itu terjadi. Allah yang berhak membuka aib seseorang, dan bagi saya ianya untuk memberi ibrah kepada hambaNya yang Dia kehendaki. walaupun cerita itu sudah lama berlalu, dan sudah lama ditinggalkan tetapi kalau Allah berkehendak untuk orang lain tahu, maka Allah akan berbuat demikian. kalau bukan sekarang, Allah akan buka aib kita ketika di padang mahsyar kelak. saya hanya berserah padaNya, memohon ampun padaNya atas segala kesilapan yang saya telah buat dahulu. saya mengharapkan saya akan berusaha jadi yang terbaik untuk dia. kerana saya tahu dia sangat-sangat berusaha untuk jadi yang terbaik untuk diri saya. betapa sukarnya dia, nak tumpukan pada pelajaran dia, nak kena pertingkatkan diri dalam tarbiyah, nak belajar menjadi yang terbaik, dan dalam masa yang sama nak memenuhi harapan ibu dan ayahnya.
      

        Saya berdoa pada Allah agar dia diberikan kemudahan untuk apa jua urusan. saya tidak mahu menulis panjang. bukan tidak mahu, sebenarnya saya pun tak tahu nak tulis apa lagi. dalam hati banyak nak menulis, tapi jari takde kudrat.. tak tahulah orang akan anggap saya merepek ke tidak ni.

>> tulisan ini adalah hasil luahan hati yang tidak perlu dilayan sangat. sila abaikan jika anda meluat.




Friday 13 January 2012

siapa nak popular?

assalamualaikum warahmatullah...


oh sekarang jam di laptop saya menunjukkan 12.15 PM.. menandakan sebenarnya sudah lewat dan saya perlu tido kerana esok perlu kerja( saya nak tanya. esok ke hari ini? sebab dah masuk pukul 12 dan sepatutnya dah menginjak ke hari yang seterusnya. anda fikir dulu ya.. ^^) tapi time-time macam ni lah idea datang mencurah, bagaikan embun mencurah ke atas dedaunan di pagi hari( amboih, bersastera pulak dah..). kalau tengok tajuk,macam pelik je kan.. siapa nak popular? tunggulah dulu, anda bersabar sikit ya..baca sampai bawah taw.. :)


semalam semasa di hospital, tiba-tiba kecoh( anda bayangkan satu keadaan kecoh sekarang!). tapi yang sebenarnya tak la kecoh sangat pun, cuma staf-staf hospital( kawan-kawan saya la tu) tiba-tiba bagitahu pada saya ada artis datang ke hospital.tujuannya bukanlah nak buat penggambaran, tapi datang untuk berjumpa doktor.. dia tak sihat la tu agaknya. saya pun bertanya pada kawan saya, siapa artis tu. semasa dia tengah bercerita tu, saya cuba lah bayangkan artis tu. tapi akhirnya saya tidak dapat mengagak siapa pelakon yang dimaksudkan sebab memang saya tak kenal. saya pun tak puas hati. nak kena pergi tengok sendiri sapa dia pelakon yang dimaksudkan( itu bukan maksudnya saya excited ya.. nak tahu sahaja..hehe..). saya pun berjalan menuju ke kaunter farmasi dan bertembung dengan pelakon perempuan tu. tapi letih otak saya berfikir, ditambah dengan letih bekerja(sebab masa tu tunggu masa punch clock berbunyi je), saya masih tak dapat mengenali artis perempuan tu. saya teringat sesuatu. "eh tunggu sat! patutlah aku tak kenal dia, rupanya dah dekat nak setahun aku tak tengok tv", aku mengomel sendirian(nasib baik takde orang nampak. kalau tak mesti diorang cakap saya nie dah ada wayar yang putus.) memang hakikatnya saya tidak mengenali artis tersebut.. artis melayu perempuan yang tidak memakai tudung dan tinggi lampai. kata kawan saya, dia pelakon baru. jadi sorry ya sis, i tak kenal u,ok.


ok lah, penat dah saya flashback sebab anda semua taknak flashback sama-sama dengan saya dah kali ni( kan masa artikel tentang raudhatul ukhwah, anda dah terkena dengan saya sampai sakit leher anda.hehe..). apa yang nak sampaikan sebenarnya? ok bro awak duk diam-diam ye.. biar saya sorang yang bercakap.


artis tu artis baru, dan tak la cantik sangat pun( bagi saya la).. tapi bila dia datang, kecoh terus tempat tu. kalau mana-mana pun si artis ni pergi, semua orang akan kecoh. kalau tak bergambar pun, at least mesti ambil otograp(entah ape la yang dapat dari otograp tu). artis ni disanjung walau mana pun dia pergi. pelik tak? saya pelik. sebab apa? sebab benda tu pelik la. hehe.. artis, walau kemana dia pergi orang akan kenal,orang akan sanjung. artis yang membuka auratnya, yang hipokrit, yang terang-terangan membuat maksiat terus disanjung dan disanjung. ke mana la agaknya maruah orang kita ni ya? 


saya ingin membawa minda anda semua untuk bermonolog sendirian. anda kenal tidak nama-nama yang saya tuliskan ni?
- syeikh ahmad yasin
- Dr abdul aziz ar-rantisi
- syed qutb
- ustaz rahmat abdullah
- syeikh ahmad deedat
- harun yahya
- muhammad ghazali
ok cukuplah. ni baru sikit je, ada lagi banyak tapi cukup dulu buat masa ini. ok sekarang saya tulis lagi di bawah ni, anda kenal atau tidak?
Aaron aziz, fasha sandha, najwa latif, yuna, justin bibier(orang penang cakap justin bibiaq), bruno mars, hujan... ribut,angin kencang, sinar mentari.. eh silap ni dah lari tajuk pulak.. hihihi...
pasti anda kenal bukan? kan? kan? mesti punyalah! saya pun kenal kalau tak takkan saya boleh tulis pulak sekarang( entah-entah tengok pakcik google je. :P) siapa pun dia, kalau dia artis semua orang nak jadikan idola. 
tapi cuba kalau seorang ustaz atau ustazah yang datang hospital. orang tak kecoh pun! apa jadi pada guru, doktor, jurutera, tukang sapu sampah dan sebagainya.kenapa tiada orang yang menyanjung mereka? sedangkan kalau tiada tukang sapu sampah, anda semua pasti hidup dalam suasana kesampahan. dah la masyarakat kita sekarang pun dah ramai sampah masyarakat.
artis buat sikit je dah popular. tapi orang yang bekerja keras untuk orang lain tak pernah disanjung. bukanlah maksud saya untuk mengagungkan manusia lain, tapi saya mahu anda semua fikir betapa kita ini menyanjung orang yang tak menyumbang apa-apa pada kita selama kita hidup. apa artis bagi pada kita? lu FIKIR SENDIRI!! ( kan dah terjerit. maaf, saya tak sengaja. marah sangat ni. tapi bukan marah betul-betul taw) manusia semuanya sama di sisi Allah, yang membezakan hanya taqwa. sayang ulama' akan menambahkan iman kita, sayang artis yang buat maksiat menambah dosa kita.


wallahua'lam.. saya rasa sampai sini je la kot.. mata dah rasa mengantok, tak tahu nak taip apa lagi.. esok saya update lagi, ada isu yang menarik. nantikan kemunculan saya ya.. :D


wassalam...

Thursday 12 January 2012

Raudhatul Ukhwah

assalamualaikum warahmatullah..


hari ni saya nak cerita sikit tentang Raudhatul ukhwah.(eh silap,bukan hari ni sebab pagi tadi dah post satu entry.hihi..) apa itu raudhatul ukhwah? ok sebelum saya mulakan cerita tentang raudhatul ukhwah, saya nak cerita sikit pengalaman saya semasa mula bekerja di penang setahun setengah yang lalu( julai 2010). semasa mula bekerja, saya tinggal bersama kawan-kawan sekerja(merangkap kawan sekelas mase kat kolej dulu lagi).. so mula-mula tinggal di satu flat, lebih kurang dua bulan then senior saya di hospital tawarkan satu rumah kepada kami. rumah tu rumah nenek dia, rumah teres. kalau anda semua nak tahu, bukan senang nak dapat sewa rumah teres kt pulau pinang ni,tambah-tambah yang sewa murah plak. masa tu sewa yang kami perlu bayar cuma rm400(kami ada 3 orang). so bersyukur sangat-sangat.


hampir 3 bulan tinggal kat situ, saya rasa rutin harian saya sama setiap hari. pergi kerja, balik kerja.. malam pulak pergi solat maghrib di surau taman(dekat je,jalan kaki tak sampai 5 minit), lepas usai maghrib balik rumah untuk masak dengan kawan-kawan. lepas tu isya' di surau, lepas balik dah get ready untuk tidur sebab esoknya nak kerja pulak kan.. kadang-kadang bila dapat tahu ada kuliah kat mana-mana masjid tu, saya pergilah sorang-sorang. jadi SAYA RASA MACAM ROBOT. macam robot, saya ulangi. anda rasa saya macam robot tak?


kita flashback sikit.. semua ikut saya sekarang, merenung ke atas dengan momentum pergerakan leher anda perlahan,tanpa inertia yang berlebihan..(jangan melopong besar sangat nanti lalat masuk.hehe..) saya masa di kuala lumpur dulu, saya dibawa oleh sahabat saya untuk jadi facilitator kem Keindahan BersamaMu(KBM),walaupun saya pada masa tu tak tahu apa-apa tentang KBM tu. bila dah join KBM, sahabat saya cerita tentang usrah. dipendekkan cerita, saya follow usrah dengan ikhwah KARISMA(JIM) UM.tapi selepas beberapa ketika dengan keadaan saya terpaksa pergi klinikal di hospital-hospital yang jauh daripada KL, menyebabkan saya tinggalkan usrah dengan begitu sahaja.. sampai saya habis belajar, saya dah tak follow usrah lagi. ok,flashback tamat! sila turunkan kepala anda semula ya, kali ni nak momentum laju pun boleh, perlahan pun boleh. :D


bila saya rasa macam robot je kehidupan saya ni, saya tanya semula sahabat saya apa cadangan dia. "hang try emel balik kat groups KARISMA selangor/kl dulu, bagitahu macam mana hang nak contact ikhwah penang". kepala kau ni memang bijak la bro! dengan mata saya yang bersinar-sinar..err bersinar sikit je macam anime jepun tu..hehe.. saya pun emel dan diringkaskan cite(asyik pakai pendek je), saya berjumpa dengan ustaz syazalie. beliau merupakan PIC untuk ikhwah-ikhwah IPT penang. masa nie JIM dah pun bergabung dengan beberapa NGO lain untuk membentuk Pertubuhan IKRAM Malaysia. dan program pertama saya bersama IKRAM penang adalah mukhayyam(perkhemahan) ikhwah IPT zon utara(maksudnya penang, kedah dan perlis), dan selepas itu saya dimasukkan ke dalam usrah di bawah akhi syahid. saya mula rasa kehidupan saya berubah, saya tak rasa saya sebuah robot lagi. setiap hari ada program berbeza yang saya hadiri. usrah, ada daurah dan macam-macam lagi. 


tapi masa tu saya masih duduk di rumah lama saya. tapi bila mula sibuk dengan program-program IKRAM, saya dah jarang balik rumah saya sebab program kadang-kadang habis lewat malam. jadi saya dibawa untuk berkenalan dengan "taman ukhwah"; Raudhatul Ukhwah. masa itu raudhatul ukhwah dihuni oleh akhi syahid, akhi zhafri dan akhi ilyasaq. mula-mula saya hanya duduk sekejap-sekejap, menumpang tidur dan sebagainya. akhirnya saya buat keputusan untuk berpindah ke raudhatul ukhwah, walaupun sebenarnya rumah saya yang lama lebih selesa berbanding raudhatul ukhwah. selesa daripada segi ruang, peralatan dalam rumah dan keseluruhan rumah. jujur saya katakan, raudhatul ukhwah lebih kecil rumahnya dan rumahnya sudah berusia agak tua( hampir 60 tahun)..tapi ianya masih rumah teres. rumah lama ada parking untuk kereta saya tapi di raudhatul ukhwah tiada. habis tu apa sebab saya pindah ke raudhatul ukhwah? why? why?? bro, bro, rilek ar bro jangan marah-marah.. saya nak bagitahu la nie..hehe


PERTAMA: di raudhatul ukhwah, ada biah(suasana) yang cukup baik. biah sangat-sangat memainkan peranan untuk mempengaruhi kita. kalau biahnya baik, maka baiklah kita. kalau biahnya sentiasa solat berjemaah, maka kita juga akan terpelihara. maka dengan sebab itu saya ambil keputusan untuk pindah.
KEDUA: sebab taman ukhwah. :)   sebab di sini saya mendapat tautan ukhwah dengan sahabat-sahabat sejemaah yang lain. kerana raudhatul ukhwah juga selalu menjadi tempat berkumpul ikhwah-ikhwah untuk usrah dan meeting.


walaupun raudhatul ukhwah kelihatan banyak kekurangan berbanding rumah saya yang lama, tapi dia ada kelebihan dari segi RUHI. roh dalaman rumah itu yang menyebabkan saya tinggal di situ. sekarang sudah hampir setahun saya menetap di situ. banyak perkara gembira dan duka yang berlaku. dan saya gembira apabila berada dalam usrah, kerana itulah bulatan gembira saya. memang OSEM! kata incik gabanna dalam blog angelweargucci beliau.hehe... 


kini telah setahun saya berada dalam sistem tarbiyah di pulau pinang, banyak yang saya dah pelajari. dan di raudhatul ukhwah saya banyak belajar erti amal jamai'e( kerja berkumpulan dan bersama-sama). tapi ingat,bukan kerja sama taw. sebab apa pulak?? sebab takut nanti buat KERJA yang SAMA je..hihi...


Raudhatul ukhwah memberikan banyak pengajaran pada saya.. selagi saya tak menaiki tangga baitul muslim, selagi itu saya akan menetap di raudhatul ukhwah. so bila awak nak berbaitul muslim tu?? adoi! jangan tanya la..nanti sampai kad kat korang, cuma tarikh je tak tahu bila..hahaha...


oh saya rasa cukuplah di sini sahaja..lenguh jari saya taip sebab keyboard kat office ni keras ~_~ ( pesakit dah takde jadi saya sedang berehat.jangan cakap saya ponteng pulak ya).. insyaAllah nanti ada masa saya update lagi blog saya ni..
wallahua'lam...
wassalam... ~ ~

kenapa ubah alamat blog?

"kenapa ubah address blog anta?"

"Eh?? kenape bunyi address tu pelik? apa maksudnya? address sebelum nie kenape?"

di atas ni antara soalan yang diketengahkan pada saya( pergh ayat nak skema...hehe) kenapa? kenapa? ok saya nak ceritalah ni, bawak bersabar ye kawan-kawan.. semalam tiba-tiba je saya rasa nak mengubah alamat blog sebab saya rasa alamat yang sebelum ni agak skema dan memang dulu pun masa saya nak buat blog tu, nama alamat tu saya main 'tangkap muat' je..sebab masa tu tak dapat nak fikir lagi apalah nak bagi untuk alamat blog saya.. semua alamat yang ada dalam kepala otak saya pada masa itu semuanya telah pun digunakan oleh orang lain. macam-macam fikir masa tu,akhirnya keluar jugaklah "cita-pemuda.blogspot.com".. 
tapi semalam rasa nak tukar sebab saya tak berapa suka alamat blog tu sebab bagi saya ramai sangat yang pakai alamat blog tu..hehe..(saya ni jenis tak suka sama dengan orang lain sebab saya tak suka orang cakap saya meniru)..sebab apa saya rasa banyak sangat yang pakai alamat lama saya tu? 
PERTAMA: kalau cari kat pakcik google, berlambak-lambak yang pakcik google bagi kalau saya taip kat enjin carian(search engine..hehe) dengan perkataan "cita-pemuda.blogspot.com"..kalau tak percaya baik anda semua cuba sendiri.. ok? 
KEDUA: bila pakcik google dah bagi keputusan tu kan, blog saya jauhhhhh... sangat ke belakang sampai tak jumpa..hehe.. (padahal sendiri punya salah sebab jarang update) jadi saya pun plan untuk tukar.


semalam, pada tanggal 11 januari 2012, saya takde kerja nak buat lepas solat isya' berjamaah di surau taman saya. jadi saya pun masuklah MUSANG BERAPI( alah yang selalu orang masuk tu..kalau translate ke orang putih dia jadi firefox). tiba-tiba je rasa nak bermain dengan tukang penterjemah kawan baik dengan pakcik google jiran sebelah rumah(google tranlate le maksudnye ni..)

jadi saya pun taip-taip la saja suka-suka je..takde apa tujuan pun. lepas tu terfikir, kan best kalau dapat perkataan yang unik sikit untuk alamat blog saya ni.. jadi saya pun taip-taip macam seorang pakar gitu( chewah!),saya pun terfikir untuk cari perkataan dalam bahasa jepun. otak nie ligat duk pikiaq(sebab masa nie duk penang,jadi tercakap penang) nak tulis perkataan apa la agaknya yang sedap didengar. satu-satu yang ada dalam kepala otak saya ni saya tulis dan pakcik yang kawan baik pakcik google tu pun tolong terjemah untuk saya. "generasi harapan, budak cergas, gegelung minda" antara yang saya taip.tapi bunyi dalam bahasa jepun untuk semua tu tak syok. "otak,tolong pikiaq apa lagi nak taip nie!!", saya bermonolog dengan otak saya sendiri. datang satu perkataan. 

 "pena aktif", terus taip dan dia terjemah. "AKUTIBUNA-PEN". yes! bunyinya macam sedap  untuk halwa telinga. tapi still fikir perkataan lain lagi masa tu. tanya seorang kawan masa tu, dia kata ok la tu, tak la pelik sangat. jadi AKHIRNYA secara rasminya saya memilih nama tu. jadi maksud akutibuna-pena tu adalah pena aktif. saya ulang, PENA AKTIF.saya ingin aktif menulis semula setelah sekian lama saya rasa saya meninggalkan minat saya yang saya rasa dah mula sejak saya sekolah menengah lagi.


harap-harap lepas tukar nama ni, akan jadi pembakar semangat saya untuk aktif memegang pena saya semula( jangan semangat saya yang terbakar sampai hangus dah la..haha)..


ok lah saudara/saudari semua, cukuplah celoteh saya ni.. nanti tak larat anda semua nak baca kan.. harap-harap anda tinggalkan apa-apa komen untuk saya ya..komen mengutuk boleh,komen membina pun boleh.asalkan namanya komen.kalau anda taknak komen, jangan mengomel pulak ya..hehe..


wallahua'lam...                                                                       
subhanakallah hummawabihamdik asyhadualla ilahailallah anta astaghfiruka wa atubuilaik....

wassalamualaikum warahmatullah.

Wednesday 11 January 2012

penutup dan pembuka tirai...

assalamualaikum warahmatullah....

segala puji-pujian hanya pada Allah Rabb sekelian alam,Dialah yang memiliki segala kerajaan yang ada di langit dan bumi.Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang, yang sentiasa memberikan rahmat dan kasihnya pada sekelian hambaNya yang benar-benar beriman padaNya. selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. penghulu segala nabi dan rasul, tidak ada lagi nabi selepas baginda s.a.w.


nampaknya sudah lama tak menulis. dalam kepala ni pun sekarang sebenarnya tiada apa-apa idea untuk menulis. tapi kerana sedikit keinginan untuk menaip setelah sekian lama tak menulis, membuatkan saya rasa nak menaip keyboard komputer ni.. hehe.. permulaan tahun 2012, memberi pelbagai pertanyaan dan perkara yang bermain dalam minda saya. kerana penutup tahun 2011 yang baru berlalu 10 hari yang lepas, ditutup tirainya dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di negara kita. dan perkara-perkara ini bagi saya sebenarnya banyak memberi impak dan membuka mata ramai pihak terutama masyarakat umum. tidak perlu saya ceritakan semua, saya hanya hanya ingin highlight pada beberapa isu yang pada saya isu ini sangat memberi impak pada banyak pihak.

isu pertama:  isu adam adli

dalam masa sehari, adam adli menjadi begitu popular(sape nak try buat boleh jugak.boleh popular 1 malaysia wo..hehe). sebabnya hanya kerana dia sangat-sangat berani menurunkan bendera yang ada gambar dato' seri najib, perdana menteri malaysia di PWTC.rasanya tak perlu saya jelaskan lebih banyak sebab semua orang tahu bukan isunya.sangat-sangat panas sehingga tahap panglima-panglima melayu keluar dan buat video amaran untuk meludah mahasiswa. ok saya taknak fokus pada itu sebab semua orang dah tahu(dah 2 kali sebut tapi still nak cerita lagi. ape lah..hee). apa yang saya nak tuliskan adalah pandangan saya mengenai isu ini.memanglah bila dilihat agak tidak wajar dia menurunkan bendera itu, kerana apa-apa pun dia patut menghormati pemimpin negara.tapi bagi saya,pemimpin yang patut dihormati perlu ada ciri-ciri yang bagus jugak.anda semua setuju bukan?atau nak saya bagi contoh jugak?ok lah saya bagi sikit contoh.
- pemimpin yang adil, tidak korupsi(guna bahasa indon sikit), bersama-sama merasai kesusahan rakyat adalah ciri pemimpin yang patut dihormati. tapi pemimpin yang kita ada sekarang sudah terang lagi bersuluh tidak adil dalam melaksanakan undang-undang, menghabiskan duit rakyat dan ada beberapa isu lagi yang semua rakyat malaysia tahu(kecuali pakcik dan makcik yang duduk kat kampung,yang takde line internet).cincin 24 juta,kononnya dia simpan dari kecil, tapi jelas dia guna duit rakyat. akta ISA(yang kini diganti akta anti-keganasan,sama je rasanya akta nie..tukar name je),akta AUKU yang jelas mengongkong mahasiswa juga akta-akta lain yang nampaknya berat sebelah. tindakan adam adli adalah simbolik kepada golongan muda yang sudah tak percayakan lagi kepimpinan yang tidak betul. akta AUKU jelas menidakkan hak seorang mahasiswa.
      "ko kan masuk sini untuk belajar. ko nak berpolitik ape hal plak?" 
                           
    "lebih baik kita diam je..kita study then capai apa yang kita nak". 

ayat-ayat yang biasa keluar daripada mulut mahasiswa. bagi saya mahasiswa patut dibenarkan berpolitik, tapi bukanlah bermaksud dia boleh taksub pada parti. bagi saya sendiri, saya tidak taksub parti. parti yang jelas membuat kesalahan, saya akan tolak. even PAS pun ada benda yang saya tak setuju. tapi bila datang hari mengundi, for sure saya akan pilih parti yang bawak islam.takkan saya nak pilih parti yang korupsi. tapi tak bermakna saya taksub pada PAS. bagi saya itu adalah intima'(penggabungan) saya pada islam,bukan parti. bagi adam adli, saya berpandangan dia tidak bersalah sepenuhnya.dia tak sepatutnya dikenankan tindakan sehingga digantung 3 semester dan tidak dibenarkan mengambil peguam. itu tidak adil namanya. dia ada hak sebagai seorang rakyat malaysia dan sebagai manusia,pastinya. pihak-pihak yang sepatutnya, tidak patut mencampurkan urusan hukuman dia dengan isu politik. hukumlah dia sebagai rakyat malaysia yang lain. memang patut mahasiswa membantah AUKU, kerana AUKU itu akta yang zalim. dan sekarang adam adli dihukum di bawah akta AUKU. bagi saya AUKU ini hanya untuk menakutkan mahasiswa. jika dilihat pada sejarah pembentukan AUKU, ianya digubal selepas peristiwa baling 1974,dimana mahasiswa keluar berdemonstrasi di jalanan membantah kerajaan. saya tidak ingat apa peristiwa yang berlaku di dalam isu baling itu. anda semua boleh cari sendiri dalam internet ya. :) AUKU nie sekadar nak takutkan mahasiswa supaya jangan pandai-pandai nak tegur pemimpin.dan jangan buat benda lain, korang duk senyap-senyap dan belajar. dah kerja nanti baru lamasuk politik. tapi bila dah terbiasa masa kat universiti terkongkong, dah kerja nanti akan timbul perasaan takut yang sama.saya tidak taksub pada adam adli ya.. :) bagi saya dia memang berani,terlebih berani la kot..hehe..

isu kedua: pembebasan anwar ibrahim daripada tuduhan liwat

saya taknak ulas panjang-panjang isu ini.biarlah masing-masing yang menilai. tapi bagi saya keadilan telah ditegakkan, itu sahaja. buktinya daripada dulu lagi,anwar ibrahaim memang tak bersalah. tak mungkin dia mampu meliwat saiful tu. lu pikirlah sendiri, kata nabil raja lawak. :D tapi bagi saya ada dua benda yang pelik.  
PERTAMA: perhimpunan 901 dibenarkan oleh polis. selama ni susah sangat kalau polis nak bagi kebenaran berhimpun pada penyokong pembangkang. anda tak rasa pelik?
KEDUA:anwar dibebaskan walaupun sebenarnya dari dulu lagi memang bukti tak cukup nak tuduh beliau. dari dulu lagi mereka hold keputusan tu, dah hampir 3 tahun. tapi sekarang dah bebas.
saya rasa pelik.anda? sebab apa saya cakap pelik? sebab macam mudah sangat kan.. pada saya,itu tandanya PRU dah hampir.. :D haha..
nak naikkan nama najib sekaligus meraih undi.kalau sapa tak setuju sila angkat tangan ya. oh! :-O tiada sapa angkat tangan. bagus-bagus. :D itu hanya pandangan saya,masing-masing berhak bagi pandangan.

ermm... nak sebut isu apa lagi ya.. ok lah untuk penutup ni, saya nak ucapkan tahniah pada kerajaan negeri selangor sebab berjaya tarik 70000 orang ke sambutan tahun baru 2012 bersama ustaz azhar idrus baru-baru ni.. saya sangat gembira dengan perkembangan ini.. otak dah tepu,tak tahu nak tulis apa.. ~_~ nanti saya menulis lagi,kepala dah mula rasa berdenyut.. mulai hari nie saya akan update at least 2 minggu sekali. sebab kalau kerap sangat, idea takde sebab tak larat nak perah otak ni.. :D

kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
nanti saya update lagi.
~ berjumpa lagi nanti lain ruangan.. stay tuned with me!
wassalamualaikum warahmatullah...