Thursday 10 January 2013

Ada apa dengan usrah?

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 

Sudah terlalu lama blog ini dibiarkan tidak diisi dengan isi-isi yang menggemukkan ia. Kasihan beliau, ditinggalkan tidak berpenghuni. InsyaAllah malam ini nak berceloteh sedikit. 

Mesti kita semua biasa dengan istilah usrah bukan? Pada hari ini, perkataan "usrah" telah menjadi fenomena dalam masyarakat. Di radio IKIM.FM misalnya, terdapat satu slot yang dinamakan usrah nurani. Dahulu kalau tak silap saya di tv9,dekat di hati.. Juga ada slot usrah. Malah sesiapa yang terlibat dengan NGO yang islamik pasti akan dipopularkan dengan istilah usrah ini. 

Tetapi tahukah anda semua, apa itu usrah yang sebenarnya?

Saya pernah bertanya beberapa orang mengenai usrah(kajian saya tidaklah menyeluruh. Hanya bertanya pada kawan-kawan dan beberapa individu yang terlibat dengan 'usrah'). Antara jawapan yang biasa saya dengar adalah: 

"Usrah ni tempat kita nak menimba ilmu. Banyak yang boleh kita dapat dalam usrah"

"Usrah nie best! Ada makan dalam talam dan boleh jumpa sahabat2 seperjuangan"

"Usrah? Ermm.. Saya dengar usrah dalam radio je. Usrah tu macam kuliah ilmu la jugak cuma dalam bilangan pendengar yang sedikit(halaqah)"

Betulkah definisi usrah itu? Adakah usrah sekadar itu? Jika anda yang membaca ini terlibat dengan usrah, biasakah anda mendengar nama As-Syahid Imam Hassan Al-Banna? Pasti biasa bukan. Al-banna pada tahun 1924, telah menubuhkan ikhwan muslimin di mesir. Pada tahun 1921, khilafah islam yang terakhir telah dijatuhkan di turki dan kesannya sangat mendalam terhadap Al-Banna. Beliau melihat ramai orang yang berdiam diri, termasuk ilmuan-ilmuan azhar. Pada ketika itu di mesir, orang-orang islam sudah tidak mengamalkan ajaran islam yang sebenar-sebenarnya seperti yang dibawa Ar-Rasul. Beliau melihat banyak kepincangan berlaku. Geng sufi dengan berzikirnya tanpa keluar dan menyebarkan islam, puak-puak munafik pun terlalu ramai. Jadi Al-Banna telah membuat satu ijtihad bahawa dia akan menggerakkan orang-orang islam melalui satu manhaj yang dinamakan "ikhwan muslimin"(IM). Usrah telah diperkenalkan terhadap ahli IM dan ianya menjadi unsur tetap di dalam gerakan IM. Al-Banna bukanlah membuat perkara bidaah seperti dakwaan sesetengah pihak. Jika diselusuri semula seerah rasul, baginda SAW yang sebenarnya memulakan konsep usrah ini. Baginda SAW mengumpulkan beberapa orang sahabat yang baru memeluk islam dan berkumpul di rumah arqam abi al-arqam. Baginda telah membuat satu 'core group' yang sangat mantap di mana mereka inilah yang membantu perjuangan baginda SAW sehingga islam gemilang. 

Di dalam usrah Ar-Rasul SAW, baginda berusaha menekankan aqidah yang benar kepada anak-anak usrah baginda. Baginda akan memastikan setiap mereka tidak akan ketinggalan dalam melaksanakan setiap perintah Allah. Baginda SAW akan bertanya khabar pada mereka setiap hari dan baginda akan memastikan baginda mengenali setiap seorang daripada mereka. Inilah cara yang diambil oleh Al-Banna untuk ahli-ahli IM. Beliau tidak membuat bida'ah. Al-Banna seorang yang sangat teliti. Beliau adalah seorang guru. Ayah beliau merupakan ulama yang sangat dikenali di tempat beliau. 

Diceritakan di dalam buku "cinta di rumah hassan Al-Banna", bahawa beliau sangat teliti dalam gerakn IM dan juga di rumah. Sehinggakan beliau akan memastikan setiap anak-anaknya ditulis perkembangan hidup mereka di dalam buku. Beliau akan mencatit daripada mula anaknya dilahirkan sehingga mereka dewasa. Anaknya sakit apa, ubat apa yang diberi doktor, dos ubat, siapa doktor yang merawat, keputusan setiap ujian di sekolah, hafalan al-quran dan hadith dan pelbagai lagi. Tidak dibayangkan bagaimana beliau seorang yang sangat sibuk dengan IM tetapi masih mampu membuat semua itu. Makanya apakah itu usrah yang sebenar?

Setelah saya mula join usrah beberapa tahun lepas, saya mula menyedari tentang banyak perkara yang saya sendiri dahulu tersilap. Usrah sebenarnya bukanlah majlis ilmu, tetapi ia adalah "bulatan gembira". Al-akh datang usrah untuk gembira. Usrah itu adalah "KELUARGA"(usratun). Cuba anda bayangkan setiap minggu keluarga kita akan ada perjumpaan makan malam bersama. Si ayah sebagai ketua, ibu dan semua adik-beradik kita hadir. Maka apakah yang akan ditanya oleh si ayah kepada anak-anaknya? Boleh anda jawabkan untuk saya? Ya! Tak mungkin si ayah dan ibu terus memulakan majlis dengan pengisian ilmu. Logik bukan? Pastilah si ayah dan ibu akan bertanya khabar, bertanya bagaimana pekerjaan anak-anaknya, bagaimana dengan pelajaran dan sebagainya. Dan kemudian anak-anak akan berkongsi masalah dan cuba selesaikan bersama-sama. 

Bukan maksud saya bahawa usrah itu bukan majlis ilmu. Tidak! Tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah usrah BUKAN sekadar majlis ilmu. Ianya lebih daripada itu. Daripada usrah, kita akan dapat ilmu untuk menjadi lebih baik. Naqib kita juga ada usrah beliau sendiri dengan orang lain. Maka segala pengisian usrah naqib sampaikan pada kita, adalah dipantau oleh naqib beliau. Kerana saya pernah mendapat jawapan begini daripada seorang sahabat yang meninggalkan usrah. Katanya, "aku tak yakin dengan naqib aku. Dia tu doktor. Bukan ustaz. Siapa yang pantau ilmu yang dia sampaikan?" Hmmm.. Mengeluh panjang saya. 😓 pada ketika itu saya masih belum mengerti usrah itu apa sebenarnya jadi saya diamkan sahaja. 

Apa yang saya nak sampaikan adalah, usrah itu tidak rigid. Daripada usrah, kita akan dapat KEKUATAN UKHWAH. Bertemu sahabat-sahabat, bertanya khabar. Malah sebenarnya usrah sebenar adalah apabila tamatnya perjumpaan pada malam itu. Maksudnya adalah, ikatan kekeluargaan itu akan benar-benar diaplikasikan apabila perjumpaan(halaqah) tamat dan masing-masing pulang ke rumah. Di sini barulah usrah bermula. Sentiasa bertanya khabar, berkongsi masalah, saling mengingatkan dan bergurau senda. Inilah usrah. 

Melalui usrah, kita akan dapat SEMANGAT. Apabila hati semakin penat dengan ujian dunia, usrahlah tempat kita untuk memulihkan kembali semangat kita untuk terus menapak. Hati kita ini akan dekat dengan Allah andai kita ada suasana yang mengingati Allah. 

Melalui usrah, kita akan memperoleh PEMAHAMAN MENGENAI GERAK KERJA DAKWAH. Dakwah yang menggerakkan, bukan dakwah yang statik. Seperti air yang mengalir, memberi sumber minuman kepada semua hidupan di sekelilingnya. Jika kita jadi statik, maka itu bukanlah usrah. Jangan kita menyalahgunakan istilah 'usrah' ini. 

Usrah yang digilap semula oleh Al-Banna ini mempunyai sistem yang tersusun. Sangat tersusun! Usrah bukan boleh hanya sekadar istilah, tetapi perlaksanaannya tiada. Usrah ada sistem pemeringkatan. Ianya ibarat kita sekolah, akan mula daripada darjah 1. Tidak mungkin kita dahulu masik sekolah terus darjah 6. Itu zalim namanya. Usrah ini tersusun. Ianya sangat teliti. Itulah sebabnya usrah ini adalah unsur tetap di dalam jamaah IM. Unsur tetap bermaksud walau apa terjadi, usrah perlu dijalankan seperti biasa. Tidak boleh ditinggalkan. 

Usrah itu BULATAN GEMBIRA!! Jadi insyaAllah betulkan semula definisi kita mengenai usrah. Jika kita hanya mengharapkan ilmu di dalam usrah, maka hadirilah kuliah ilmu di masjid. Itu lebih baik. Fahami apa usrah yang sebenar, dan kita akan enjoy bila datang usrah.

Wallahu'alam. Wassalam. 😊☺️😉😍😍

No comments:

Post a Comment