Friday 18 February 2011

kampung dan bandar..

assalamualaikum warahmatullah...
Ku mulai madahku ini dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

ana dilahirkan di sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung kubang pekan, suatu kampung di kuala kangsar,perak.. oleh kerana ana orang perak,jadi ana memohon maaf sekiranya ada istilah-istilah loghat perak yang ana gunakan sepanjang penulisan di dalam blog ini. ana masih ingat lagi sekitar awal tahun 90-an..masa itu popular dengan muzik rock jiwang.ana berumur 7 tahun semasa tahun 1995. masih segar di dalam ingatan ana,ketika itu walaupun ana masih kecil,tapi suasana ketika itu sangat gembira. maklumlah,baru berusia 7 tahun...masa main-main..masa itu kawasan kampung sangat tenang,nampak suasana kampung. dengan air sungai yang jernih, hutan yang menghijau, burung-burung berkicauan. tetapi sekarang, ana lihat suasana kampung berubah. mungkin boleh ana katakan berubah 100%! mengapa?
kita biarkan dulu soalan itu bemain di kotak fikiran kita...kita tinggalkan sebentar.. ana ingin mengimbau kenangan ana sepanjang ana hidup di bumi ALLAH yang maha luas ini. ana bersekolah di sekolah menengah kebangsaan sayong.sekolah biasa-biasa yang menjadikan ana insan pada hari ini.selepas SPM,ana sempat masuk tingkatan enam sekejap je,kemudian menjejakkan kaki ke politeknik ungku omar di ipoh pula.. tapi baru semester 1,ana mendapat tawaran SPA untuk mengambil jurusan fisioterapi di sg buloh..apa yang ana ingin cerita sebenarnya? skop pandangan dan perspektif ana tentang keadaan yang berlaku di sekeliling ana berubah setelah ana keluar daripada kampung ana. banyak perkara yang berubah apabila ana keluar daripada lingkungan kampung ana. dulu semasa masih belajar di ipoh, ana memandang politik ini sebagai kotor. semua parti adalah sama,tiada beza...dulu ana cukup benci untuk membicarakan berkenaan politik,kerana bagi ana PAS dan UMNO adalah sama. masing-masing hanya tahu berpolitik tanpa mengambil kira keperluana rakyat. tetapi setelah ana keluar daripada lingkungan kampung ana, ana mula berubah.
"kebanyakan kubu kuat BN adalah di kawasan kampung-kampung di mana tidak ada capaian media alternatif untuk penduduk di sana",masih terngiang-ngiang kata-kata daripada naqib ana.. benar! ana setuju. di kampung ana, capaian internet sangat lemah. penduduk(kebanyakannya orang tua) sangat-sangat bergantung kepada televisyen semata-mata. media televisyen yang utama(RTM dan media prima) telah dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan berita yang tidak sepatutnya..
"orang-orang kampung menunggu waktu berita di tv seolah-olah sedang menunggu wahyu turun. apa yang ada dalam tv, semuanya diterima bulat-bulat", ini kata seorang ustaz kepada ana..mengapa begitu? yalah...mereka semua percaya 100% kepada berita yang disampaikan dalam tv tu.. macam tunggu wahyu turun la.kan? itu salah satu contoh yang ana nak bawa... ana selalu terfikir, kalaulah ana tidak keluar daripada lingkungan kampung ana dulu,mungkin sekarang skop pandangan ana masih tak berubah. bila ana keluar daripada kampung, ana bertemu ramai orang. mermacam ragam, dan akhirnya ana berjumpa dengan jama'ah islam..
kenangan ini takkan ana lupakan..
kampung ana... ana amat sayangkan kampung ana..tapi apa yang ana lihat sekarang, kampung ana tidak ada serinya lagi.tak macam dulu, ana rasa sangat berseri-seri. sekarang bila ana balik kampung,ana jadi susah hati..gembira bila berjumpa mak dengan abah, jumpa opah.. tapi bila ana jalan-jalan keliling kampung, terlalu banyak kemungkaran yang ana lihat.. dulu tak pernah nampak budak perempuan kampung pakai tak menutup aurat.tapi sekarang sukar untuk ana mencari gadis kampung yang memakai ikut sibghah ALLAH.bukan hanya di kampung ana rasanya, di kampung-kampung lain juga begitu. sahabat baik ana, zulkifli pernah keluar satu kenyataan yang ana amat setuju. katanya... kalau dulu,orang yang ingin mencari ilmu agama, orang akan pergi ke kawasan kampung kerana ramai golongan ustaz-ustaz di kampung.. tapi dewasa ini, sudah terbalik. sekarang sesiapa yang inginkan agama perlu pergi ke kawasan bandar kerana di bandar sekarang bercambah pengajian-pengajian agama.orang-orang bandar yang 'educated' begitu bersemangat mempelajari ilmu agama. sedangkan di kampung, kampung ana contohnya, sangat sukar untuk mengadakan ceramah agama. kampung ana senyap daripada "bunyi-bunyi agama"..ini yang ana kesalkan. bila orang muda bersuara,orang-orang lame(lebih sopan pakai istilah ni) akan tegur kerana tak sesuai dengan mereka.padahal sepatutnya program-program untuk menarik minat orang muda patut dipergiatkan..
suasana kampung ana dah banyak yang berubah.... suasana manusia yang berubah,bukan persekitarannya! ramai anak-anak gadis kampung ana yang sudah tidak tahu etika berpakaian, etika bergaul. ana kadang-kadang cuba menegur, tetapi orang kampung amat susah ditegur. lebih-lebih lagi kalau kita memang kenal.
ana sayangkan kampung ana.. sekarang ana sedang mencari kekuatan untuk pulang ke kampung dan berdakwah di sana..ana kasihankan orang-orang kampung ana, ada yang sangat jahil tentang agama. terutamanya golongan muda. ana amat-amat berharap ana diberi kekuatan untuk mengharungi ini.

cukup sampai di sini coretan ana... sudah penat jari menaip,masa untuk berehat. takut taip panjang-panjang nanti, ana dapat rheumatoid arthritis pulak. =) moga ketemu lagi di lain masa..
ana sudahi warkah ini dengan tasbih kafarah..
wallahua'alam bissawab..
ALLAHUAKBAR!
wassalam....

1 comment:

  1. assalamualaikum,akhi..
    teringin plak nak komen kat artikel ni.dah kali kedua baca ni...ana sokong apa yang akhi tulis.ana pun tinggal kat kampung dan keadaan kampung sekarang amat berbeza.kadang2 rasa kampung lagi teruk dari bandar(bukan semua)...sedikit cerita ana nak kongsi tentang berita yang ana baru je dapat dari mak pagi tadi.sorang gadis kampung ana dah 3bulan hilang dan hari ni baru family dia sedar.dia keluar rumah kali terakhir dengan kawan2 dan katanya nak balik ke kolej tempat dia belajar tapi akhirnya dia menghilang samapi sekarang...mungkin cukup setakat tu cerita ni..nanti panjang2 kalah tuan punya blog ni plak...tapi itulah hakikat sekarang..sama2 kita renungkan.ana doakan semoga dengan peringatan dan perkongsian yang amt berguna dari akhi sedikit sebanyak akan memberi kesedaran pada diri ana sendiri dan sahabat2 pembaca yang lain...insyaallah.doakan ana yep...semoga berjaya,ya akhi

    ReplyDelete