Thursday 12 January 2012

Raudhatul Ukhwah

assalamualaikum warahmatullah..


hari ni saya nak cerita sikit tentang Raudhatul ukhwah.(eh silap,bukan hari ni sebab pagi tadi dah post satu entry.hihi..) apa itu raudhatul ukhwah? ok sebelum saya mulakan cerita tentang raudhatul ukhwah, saya nak cerita sikit pengalaman saya semasa mula bekerja di penang setahun setengah yang lalu( julai 2010). semasa mula bekerja, saya tinggal bersama kawan-kawan sekerja(merangkap kawan sekelas mase kat kolej dulu lagi).. so mula-mula tinggal di satu flat, lebih kurang dua bulan then senior saya di hospital tawarkan satu rumah kepada kami. rumah tu rumah nenek dia, rumah teres. kalau anda semua nak tahu, bukan senang nak dapat sewa rumah teres kt pulau pinang ni,tambah-tambah yang sewa murah plak. masa tu sewa yang kami perlu bayar cuma rm400(kami ada 3 orang). so bersyukur sangat-sangat.


hampir 3 bulan tinggal kat situ, saya rasa rutin harian saya sama setiap hari. pergi kerja, balik kerja.. malam pulak pergi solat maghrib di surau taman(dekat je,jalan kaki tak sampai 5 minit), lepas usai maghrib balik rumah untuk masak dengan kawan-kawan. lepas tu isya' di surau, lepas balik dah get ready untuk tidur sebab esoknya nak kerja pulak kan.. kadang-kadang bila dapat tahu ada kuliah kat mana-mana masjid tu, saya pergilah sorang-sorang. jadi SAYA RASA MACAM ROBOT. macam robot, saya ulangi. anda rasa saya macam robot tak?


kita flashback sikit.. semua ikut saya sekarang, merenung ke atas dengan momentum pergerakan leher anda perlahan,tanpa inertia yang berlebihan..(jangan melopong besar sangat nanti lalat masuk.hehe..) saya masa di kuala lumpur dulu, saya dibawa oleh sahabat saya untuk jadi facilitator kem Keindahan BersamaMu(KBM),walaupun saya pada masa tu tak tahu apa-apa tentang KBM tu. bila dah join KBM, sahabat saya cerita tentang usrah. dipendekkan cerita, saya follow usrah dengan ikhwah KARISMA(JIM) UM.tapi selepas beberapa ketika dengan keadaan saya terpaksa pergi klinikal di hospital-hospital yang jauh daripada KL, menyebabkan saya tinggalkan usrah dengan begitu sahaja.. sampai saya habis belajar, saya dah tak follow usrah lagi. ok,flashback tamat! sila turunkan kepala anda semula ya, kali ni nak momentum laju pun boleh, perlahan pun boleh. :D


bila saya rasa macam robot je kehidupan saya ni, saya tanya semula sahabat saya apa cadangan dia. "hang try emel balik kat groups KARISMA selangor/kl dulu, bagitahu macam mana hang nak contact ikhwah penang". kepala kau ni memang bijak la bro! dengan mata saya yang bersinar-sinar..err bersinar sikit je macam anime jepun tu..hehe.. saya pun emel dan diringkaskan cite(asyik pakai pendek je), saya berjumpa dengan ustaz syazalie. beliau merupakan PIC untuk ikhwah-ikhwah IPT penang. masa nie JIM dah pun bergabung dengan beberapa NGO lain untuk membentuk Pertubuhan IKRAM Malaysia. dan program pertama saya bersama IKRAM penang adalah mukhayyam(perkhemahan) ikhwah IPT zon utara(maksudnya penang, kedah dan perlis), dan selepas itu saya dimasukkan ke dalam usrah di bawah akhi syahid. saya mula rasa kehidupan saya berubah, saya tak rasa saya sebuah robot lagi. setiap hari ada program berbeza yang saya hadiri. usrah, ada daurah dan macam-macam lagi. 


tapi masa tu saya masih duduk di rumah lama saya. tapi bila mula sibuk dengan program-program IKRAM, saya dah jarang balik rumah saya sebab program kadang-kadang habis lewat malam. jadi saya dibawa untuk berkenalan dengan "taman ukhwah"; Raudhatul Ukhwah. masa itu raudhatul ukhwah dihuni oleh akhi syahid, akhi zhafri dan akhi ilyasaq. mula-mula saya hanya duduk sekejap-sekejap, menumpang tidur dan sebagainya. akhirnya saya buat keputusan untuk berpindah ke raudhatul ukhwah, walaupun sebenarnya rumah saya yang lama lebih selesa berbanding raudhatul ukhwah. selesa daripada segi ruang, peralatan dalam rumah dan keseluruhan rumah. jujur saya katakan, raudhatul ukhwah lebih kecil rumahnya dan rumahnya sudah berusia agak tua( hampir 60 tahun)..tapi ianya masih rumah teres. rumah lama ada parking untuk kereta saya tapi di raudhatul ukhwah tiada. habis tu apa sebab saya pindah ke raudhatul ukhwah? why? why?? bro, bro, rilek ar bro jangan marah-marah.. saya nak bagitahu la nie..hehe


PERTAMA: di raudhatul ukhwah, ada biah(suasana) yang cukup baik. biah sangat-sangat memainkan peranan untuk mempengaruhi kita. kalau biahnya baik, maka baiklah kita. kalau biahnya sentiasa solat berjemaah, maka kita juga akan terpelihara. maka dengan sebab itu saya ambil keputusan untuk pindah.
KEDUA: sebab taman ukhwah. :)   sebab di sini saya mendapat tautan ukhwah dengan sahabat-sahabat sejemaah yang lain. kerana raudhatul ukhwah juga selalu menjadi tempat berkumpul ikhwah-ikhwah untuk usrah dan meeting.


walaupun raudhatul ukhwah kelihatan banyak kekurangan berbanding rumah saya yang lama, tapi dia ada kelebihan dari segi RUHI. roh dalaman rumah itu yang menyebabkan saya tinggal di situ. sekarang sudah hampir setahun saya menetap di situ. banyak perkara gembira dan duka yang berlaku. dan saya gembira apabila berada dalam usrah, kerana itulah bulatan gembira saya. memang OSEM! kata incik gabanna dalam blog angelweargucci beliau.hehe... 


kini telah setahun saya berada dalam sistem tarbiyah di pulau pinang, banyak yang saya dah pelajari. dan di raudhatul ukhwah saya banyak belajar erti amal jamai'e( kerja berkumpulan dan bersama-sama). tapi ingat,bukan kerja sama taw. sebab apa pulak?? sebab takut nanti buat KERJA yang SAMA je..hihi...


Raudhatul ukhwah memberikan banyak pengajaran pada saya.. selagi saya tak menaiki tangga baitul muslim, selagi itu saya akan menetap di raudhatul ukhwah. so bila awak nak berbaitul muslim tu?? adoi! jangan tanya la..nanti sampai kad kat korang, cuma tarikh je tak tahu bila..hahaha...


oh saya rasa cukuplah di sini sahaja..lenguh jari saya taip sebab keyboard kat office ni keras ~_~ ( pesakit dah takde jadi saya sedang berehat.jangan cakap saya ponteng pulak ya).. insyaAllah nanti ada masa saya update lagi blog saya ni..
wallahua'lam...
wassalam... ~ ~

1 comment: